Import, Beli, Jual & Ternak Kambing Boer ; Reka & Bina Kandang

*****************************************************************************中文*

Kambing yang dikasi

Source : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/4742204277fe8c22482574990032ead1?OpenDocument

.Nama
:
.
Rizuan Amry Bin Akmarulzaman.
E-Mel
:
redz_m191@yahoo.ca.
Kategori
:
SYARIAH

SUB KATEGORI
Ibadat - Qurban/Akikah

Tarikh Hantar Soalan
:
02/08/2008 05:16 PM
Soalan
:
Assalamualaikum,
1- Boleh kah kambing jantan yang cukup umur dan sihat tubuh badan tetapi telah di kasi@ dibuang batunya untuk dijadikan haiwan untuk mengerjakan ibadat akikah?
2- Adakah kambing untuk dijadikan korban akikah semestinya kambing jantan?
3- Jika kambing bertina dibolehkan untuk dijadikan haiwan korban akikah, apakah syarat2 yang membolehkan kambing bertina itu dikorbankan?
4-Boleh kah perkiraan umur kambing untuk dijadikan kambing akikah berdasarkan penelitian pada gigi kambing?
5- Apakah syarat sebenar untuk haiwan dijadikan haiwan akikah?.
Jawapan
:
Waalaikummussalam
1) Kambing yang telah dikasi boleh dijadikan haiwan untuk dibuat akikah. Manakala kambing yang dibuang batunya sekiranya tidak mengurangkan jumlah dagingnya, maka ia dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan akikah sama seperti kambing yang dibuang tanduknya, kukunya, dicukur bulunya dan sebagainya.
2) tidak semestinya kambing jantan, Namun lebih afdal menggunakan kambing jantan yang sihat dan tiada kecacatan langsung di samping mempunyai daging yang banyak.
3) Kambing betina boleh juga dibuat korban atau dibuat akikah sama seperti kambing jantan, syaratnya kambing itu cukup umur (2 tahun setengah), tidak cacat dan hak milik yang sah.
4) Boleh berbuat demikian ia bermaksud kambing tersebut sudah bersalin gigi yang menandakan cukup umur.
5) Haiwan yang dijadikan akikah ialah haiwan ternakan yang berkaki empat yang paling besarnya adalah unta dan yang terkecilnya adalah kambing (tidak boleh dikorbankan arnab. landak, pelanduk, kancil dan sebagainya)...
Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
PANELSJAI250908
Tarikh Selesai
:
25/09/2008 03:17 PM

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.